Wednesday 17 August 2011

Badminton di malam puasa




Assalamualaikum :) ,

Semalam tengah2 saya duk edit gambar,ada la sorang mamat ni call,dia cakap "aku x leh tengok raket la,rasa nak pegang je" , saya jwbla "ko pegang jela raket ko tu,yang ko call aku ni nape", huhu,mamat ni ajak la main badminton,adui pegi jela,sebab dia dah sewa court di wakaf bharu,lagi pun bleh jugak jumpa member2 satu sekolah dulu.

Mamat ni la yang ngajak saya main badminton,memang suka sangat pegang raket. Dia ni pakar dalam teknik smash,mungkin sebab dia tinggi kot dan suka pegang raket,huhu.











yang sorang ni plak cara main dia boleh tahan jugak,asyik gelak je bila dia smash tapi tak kena. Tengok tu,ceria betul bila orang amik gamba,sebab tu la banyak terlepas bola ,hehe..









yang sorang ni main sebab nak kuruskan badan,sebelum datang main dia nampak besar lagi daripada gambar ni,lepas main dah kurus ckit,kesian dia letih sangat main badminton,tak sanggup dah nak main,tu main game badminton dalam hp je.









saya kalah dengan mamat ni la,memang pro,banyak skill betul,tengok gamba ni pun macam orang pandai main,hehe,pukul bola tinggi2 je,saya yang tinggi dari dia pun kadang2 boleh terlepas bola,susah2,memang takleh lawan lah dengan dia.









adui...dah main 4 set game pun xmenang2 jugak,macam mana la nak bersaing dengan chong wei,dah la mula2 main tu asyik keliru je,xtahu pukul belah mana .Dah lama sangat saya tak main badminton,dah lupa peraturan dia,boleh tahanla,walaupun lama tak main,tapi smash masih ada,ada ckit2 jela,xlarat nak lompat,huhu.main malam ni pun dah injured,adui takleh jadi ni.Pasni main lagi,tak tahula nak join ke x,huhu..











Saturday 13 August 2011

Reunion Sri Abim Al-Hikmah , 13/8/2011






Assalamualaikum, :) nak cite ckit pasal reunion budak2 abim ni. Setelah 10 tahun meninggalkan Sri Abim Al-Hikmah,geng2 budak sekolah abim ni bertemu kembali...haha,masing2 dah menunjukkan kecomelan tersendiri,ada yang kurus jadi gemuk,tapi yang gemuk jadi kurus ni saya tak pasti la ada ke x...kami bukak pose di restoran syam d berek 12,kelantan.huhu,1st time saya bukak pose kat cni.Ini makanan bukak pose, saya panggil makanan malu-malu kucing = makan tak kenyang,haha,adess rugi kan makan malu-malu,memang confirm tak kenyang.


Ini la dia org yang merancang nk buat reunion ni,dia la pengarah,dia jugak la bendahari,memang sume dia yang buat..bila dah buat reunion ni,teringat kat arwah illias & cikgu munirah(al-fatihah buat kedua2nya),cepatnya masa berlalu,ada yang dah abis belaja,ada yang dah keje,ada yang kahwin,yang dah pergi meninggalkn kite pun ada jgk..




 Muka-muka budak abim yang dulu comot-comot,sekarang dah hilang comotnya.pg mana ntah







Jutaan terima kasih kepada Nur Izzati bt. Ibrahim selaku pengarah program dan terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sudi datang meriahkan majlis bukak pose ni.


Friday 24 June 2011

Bicara soal "qalbu"


Saya nak berkongsi sedikit mengenai soal hati kerana dari hatilah seseorang itu menjadi baik atau jahat.Di dalam diri setiap manusia terjadi satu peperangan yang dasyat yang menentukan sama ada dia menjadi manusia yang baik atau manusia yang jahat. Inilah peperangan yang sering kali kita hadapi iaitu peperangan di antara bisikan syaitan dan seruan agama. Hati merupakan satu medan peperangan di antara bisikan syaitan dan seruan agama. Jika manusia itu tunduk dengan rayuan syaitan, manusia itu akan hilang kemanusiaannya.

Di sebabkan inilah kita sering mendengar kes-kes yang melibatkan seorang lelaki yang tergamak melanggar bekas kekasihnya, seorang anak yang tergamak memukul ibunya, seorang adik yang tergamak menikam abangnya dan banyak lagi kes-kes yang berpunca dari permasalahan hati."aku dengki dengan dia", "aku sakit hati dengan dia" , "aku benci dengan dia",saya yakin kita semua pernah mendengar ayat-ayat sebegini.

Sabda Nabi S.A.W

 أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ   

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)"

Hadis di atas menerangkan mengenai hati yang merupakan raja kepada seluruh anggota badan kita. Hati ini perlulah di pastikan keelokan dan kebersihannya kerana hati yang kotor dapat merosakkan dan memusnahkan anggota badan yang lain. Ingat !!! setiap kemaksiatan yang kita lakukan akan timbul bintik-bintik hitam yang akan mengotori hati kita. Apabila hati kita sudah kotor, kita tidak lagi takut kepada Allah. Inilah puncanya mengapa manusia berani melanggar perintah Allah S.W.T. dan mengapa manusia sanggup merosakkan orang lain dan dirinya sendiri.

Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah. Sebagaimana Abul - Laits berkata, tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan pada tujuh perkara :

  • Pertama, pada lisannya. Dia yang menghindarkan dirinya daripada berdusta, menyebar fitnah, berbual kosong dan bercakap banyak, malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al-Quran dan berbincang mengenai ilmu-ilmu.
  • Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan, dan kedengkian terhadap sahabatnya. Sifat hasad ini dapat menghapuskan kebaikan. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Hasad itu dapat memakan kebaikan (pahala) seperti api membakar kayu". Sifat hasad merupakan penyakit ati yang paling berbahaya dan ubatnya hanyalah ilmu dan amal.
  • Ketiga, pada pandangannya. Dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat dengan dunia tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar. Sabda Rasulullah S.A.W. " Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat. "
  • Keempat, pada perutnya. Dia tidak mengisi perutnya dengan makanan yang haram. Sabda Rasulullah S.A.W. " Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di neraka. "
  • Kelima, pada kedua-dua tapak tangannya. Dia tidak menggunakan tangannya untuk perkara yang haram tetapi hanya menggunakannya untuk melakukan perintah Allah.
  • Keenam, pada langkahnya. Dia tidak berjalan ke untuk maksiat tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaanNya.
  • Ketujuh, terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata unutk mencari keredhaan Allah, takut pada riak dan munafik.
 Inilah tujuh tempat yang mesti kita jaga dalam meghindari hati kita daripada kotor.Perbanyakkanlah ibadat kepada Allah untuk mencapai hati yang bersih, tinggalkan segala kemaksiatan, kemungkaran yang pernah kita lakukan kerana dari situlah hati kita menjadi kotor yang akan membuatkan kita tidak tenang dan terus lupa terhadap perintah-perintah Allah. Ingatlah Allah itu Maha Mengetahui akan segala rahsia-rahsia tersembunyi. Segala yang berada di dalam hati kita adalah milikNya. Berserahlah kepadaNya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Sama-samalah kita menjaga hati kita. :)